Total Pageviews

Saturday, 23 July 2011

Jadikan PEKERJAAN sesuatu aktiviti yang MENGEMBIRAKAN (Part 9 - Akhir)

Berani kerana benar, takut kerana salah,
kritikan tidak akan mengapa-apakan kita

Satu cerita petikan dari: http://hafizfirdaus.com/content/view/274/68/
Agaknya tidak ramai yang memiliki kekuatan untuk menghadapi sesuatu yang tidak disukainya, sekali pun ia memiliki manfaat di sebaliknya. Termasuk sesuatu yang tidak disukai ialah apabila dikritik oleh orang lain. Ramai yang tidak menyukainya, tidak dapat menerimanya, apatah lagi berani menghadapinya. Saya sendiri lazim menerima sejumlah kritikan yang pada awalnya agak sukar untuk diterima dan dihadapi. Sebegitu banyak sehingga pada satu ketika saya mengadu kepada guru saya Ustaz Dr. Abdullah Yasin, semoga Allah sentiasa memeliharanya.
“Ustaz, macam mana ni….banyak orang yang mengkritik saya!”
“Atas dasar apa mereka mengkritik anta?” beliau bertanya.
“Biasalah ustaz, sebab saya menulis dalam subjek agama padahal saya bukan dari kelulusan agama.”
“Ohh! Kalau begitu biarlah lebih banyak kritikan ke atas anta!”
“Err…apa maksud ustaz?” saya bertanya kehairanan.
“Kritikan lahir di atas sikap dengki dan tidaklah seseorang itu mengkritik melainkan dengki ke atas kebaikan yang anta lakukan, yang mereka sendiri tidak mampu lakukan. Maka jika ada banyak kritikan, bererti ada banyak kebaikan yang anta telah lakukan” jelas beliau penuh hikmah.
“Ya ke ustaz?” jawab saya keriangan kerana mendapat satu sudut positif daripada apa yang selama ini saya sangkakan negatif.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kritikannya terhadap kepimpinan Umno tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh. “Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya

Hari ini, apa saja yang kita lakukan pasti, sedikit banyak, akan mendapat kritikan. Buat baik akan dikritik, apatah lagi jika berbuat kejahatan. Jika sesuatu yang baik dilakukan mengikut landasan yang betul, mengikut peraturan atau prosidur yang ditetapkan, mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh ketua atau pengurusan ditempat kerja kita, insya Allah akan mendapat hasil darinya. Tetapi walaupun dengan cara yang terbaik dan mendapat hasil yang baik, ia tetap akan dikritik, tetapi hasilnya yang menjadikan kita lebih pengalaman dan bertenaga untuk melonjat naik keatas. Tetapi jika membuat sesuatu dengan tidak melalui landasan yang betul, tidak mengikut peraturan dan prosidur, lebih untuk kepentingan diri sendiri maka kita juga akan dikritikan tetapi kita meletakkan diri kita lebih hampir kepada kesusahan dan kejatuhan.
Mengapa mereka tetap mengkritik? Mereka bukan bermaksud untuk menjatuhkan kita tetapi ia lebih untuk menarik perhatian supaya hasil yang tercapai itu adalah dari pandangan dia juga. Setidak-tidaknya sebiji tanda noktah adalah hasil tegurannya. Tetapi setelah kita ambil perhatian kritikan-kritikan dan membuat sedikit pembetulan kertas perbentangan kita berdasarkan kritikan, maka hasilnya tentu mendapat sokongan. Kita akan mendapat lebih sokongan jika kita terima kritikan yang baik, masukkan kedalam kertas cadangan atau lapuran kerana mereka akan lihat bahawa pandangannya diterima.
Dengan menerima cadangan-cadangan baik, adakah bererti orang ramai akan melihat penerimaan pandangan itu sebagai kelemahan diri kita?
Tun Dr Mahathir, Dato Sri Hadi Awang, Dato Sri Anwar Ibrahim dan ramai tokoh pemimpin yang lain sentiasa dikritik. Panas, pedas seolah-olah ingin membunuh carrier mereka. Adakah mereka lari dari kritikan atau berdepan dengannya. Dimana mereka sekarang?
Didalam pekerjaan, melalui pengalaman saya, setiap kali seseorang buat perbentangan sesuatu cadangan atau lapuran, mereka akan tetap mengkritik. Lebih baik perbentangan dibuat lagi banyak kritikan akan dibuat. Mengapa mereka mengkritik?
Pertama: Mereka ingin memahami lebih lanjut apa yang dibentangkan kerana mungkin memahami cara dan maksud tujuan.
Kedua: Rasa tidak sesuai dengan kebiasaan yang dilakukan dan susah untuk menerima perubahan.
Ketiga: Kerana ingin menumpang hasil dari cadangan kerana mereka sendiri ketandusan idea untuk memberikan cadangan baru
Ke-empat: Tidak mahu keluar dari zon keselesaan dan berubah ke zon baru yang mungkin lebih baik.
Biarlah kritikan menghujani kita, biar ia mengalir kebadan kita melalui leher kita. Kemudian analisa kritikan dengan minda terbuka supaya yang baik boleh diambil pandangan yang baik. Yang penting apa yang kita lakukan adalah mengikut landasan yang benar, mengikut peraturan dan prosidur, ilham dari ilmu yang baik dan tidak ada kepentingan untuk diri sendiri. Biarlah hasil yang itu untuk kepentingan orang ramai kerana akhirnya hasil yang baik yang datang juga kepada kita
Ingat ... kritikan adalah ilmu percuma yang tidak ada dalam perpustakaan dan tidak akan boleh mengapa-apakan kita selagi kita dijalan yang benar.

No comments:

Post a Comment