Total Pageviews

Sunday, 10 July 2011

Jadikan PEKERJAAN sesuatu aktiviti yang MENGEMBIRAKAN (Part 8)

Tiada siapa inginkan kucing mati, tetapi rusa liar idaman pemburu
Bila kita melihat seekor kucing mati, apa yang biasa dilakukan? Adakah ia akan diambil oleh seseorang, bawak balik kerumah, cuba pulihkan atau bersihkan dan abadikan buat perhiasan. Tidak sama sekali kali. Tidak ada sesiapa akan perdulikan ia. Kalau kucing peliharaan ia akan dibawa ke tepi semak, gali lubang, campakkannya kedalam lubang dan tanam. Setelas siap tempat itu ditinggalkan tanpa sebarang peringatan. Kalau kucing liar ia akan biarkan reput begitu sahaja, atau disepak ketepi atau kedalam semak, tiada sesiapa akan hiraukannya lagi. Bererti tamatlah riwayat seekor kucing walaupun mungkin pada mulanya ia adalah kucing kesayangan manusia.

Tetapi bagi seorang pemburu, bila melintas seekor rusa ia akan mengejarnya, tangkap dan sembelih dan menjadi makanan yang sangat enak. Hidangan daging rusa akan menjadi rebutan. Semua anggota rusa menjadi bernilai, boleh di jual dengan harga yang lumayan. Bila kembali ke kampong, cerita rusa buruan akan menjadi buah mulut seisi kampong.
Apakah pilihan kita, kucing mati atau rusa liar?
Dalam sesuatu organisasi, cuba lihat sekeliling. Lihat beberapa pekerja yang duduk diam, walaupun rajin bekerja tetapi kurang kedengaran suaranya, tidak pernah dimarahi, walaupun selalu dipuji rakan-rakan dan bos, walaupun menonjol nama yang baik, adakah dia cepat meningkat dalam perjawatannya. Ramai kakitangan yang rajin bekerja, tidak pernah melakukan kesilapan, amat berhati-hati menjalankan tugas, selalu mendapat pujian kawan-kawan dan bos kerana sikap beliau tetapi kekal berada tingkat yang sama dalam jangkamasa lama walaupun pada suatu ketika beliau akan naik jua.
Lihat pula kepada seseorang yang sentiasa kedengaran suara, lantang bercakap dan mengkritik kearah untuk memperbaiki, berjuang untuk meningkatkan organisasi walupun dikritik oleh rakan-rakan, dimanakan akhirnya. Bergantung kepada caranya, samada beliau akan berada diatas dalam organisasi sama atau akan keluar tetapi mendapat tempat yang lebih tinggi di organisasi lain.
Apabila kita sering bersuara, suara kita akan didengari, ia akan menjadi perhatian dan digeruni. Ada yang akan cuba tumpang kelantangan suara kita, ada yang akan mendengar hujah kita, tetapi tidak kurang yang akan mengkritik, membahas, dan cuba menjatuhkan kita.
Perhatikan tokoh-tokoh negara, Tun Dr Mahathir, Dato Seri Najib, Dato Seri Anwar Ibrahin, Dato Seri Hadi Awang, adakah mereka berada disana dengan begitu sahaja. Berapa kali mereka keluar masuk penjara, berapa kali mereka diherdik dan berapa kali mereka sepak terajang. Kerana ketahanan mereka, mereka terus menonjol dan meningkat naik. Begitu juga Rasulullah saw, sebelum tersebarnya agama Islam berapa banyak kesusahan yang dilaluinya sehingga tersebar agama Islam yang mulia sehingga kehari ini.
Maka jangan takut dikritik, dibahas dan dikomplen kerana setiap sesuatu pembaharuan yang berbeza dengan sesuatu yang biasa dilakukan pasti, 100% pasti, akan mendapat tentangan sehingga mereka, termasuk orang yang sangat rapat dengan kita, dapat merasai kebaikan dan kelainannya. Melakukan perubahan bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan perjuangan dan sokongan. Yang terutama, kita hendaklah jujur dan sabar melakukan sesuatu. Setiap perlakuan, suara dan kritikan ada asas yang kukuh, tidak menyentuh dan tidak menentang peribadi.Insya Allah, disiri yang akan datang saya akan tulis mengenai teknik berurusan dengan manusia pula dan teknik untuk mendapatkan sokongan.

No comments:

Post a Comment