Syukur dan Sabar
Satu hari saya, ketika saya mengunjung sebuah restauran, saya berjumpa seorang rakan yang sudah hampir sepuluh tahun tidak berjumpa. Dengan muka berseri-seri beliau menjemput saya minum teh di restauran itu. Saya agak terkejut pada permulaannya kerana dahulu saya pernah jumpa beliau yang sangat berbeza. Dahulu wajahnya selalu muram, bila berjumpa dia jarang ingin berbual dengan saya kerana kesebokan. Banyak masalah hendak di selesaikan sehingga waktu untuk bersosial dan beribadah sangat terbatas. Setiap kali berjumpa pasti akan bercerita masalah dan beban yang dia kena tanggung termasuk masalah perniagaan, hutang bank dan sebagainya. Saya mengagak beliau telah berjaya dalam bidang perniagaannya.
Atas permintaan saya dia ceritakan bagaimana beliau berubahah dan mencapai kejayaan.
Beberapa tahun lalu dia telah jatuh bankrap dalam perniagaannya. Ketika itu dia terpaksa jual hampir semua harta bendanya termasuk kereta, rumah, perabut dan barang kemas isterinya. Yang tinggal hanyalah isteri dan dua orang anak serta sebuah motosikal lama peninggalan arwah ayahnya.
Pada ketika itu dia hampir hilang pedoman, anak isteri menjadi mangsa kemarahan dan rokok menjadi rakan menghabiskan masa setiap hari.
Suatu hari, dengan perasaan hiba dan tidak bermaya, berbekalkan sedikit wang simpanan isteri dia ke bandar untuk mencari kerja. Dengan menaiki motor lama peninggalan arwah bapanya, dia masuk pelabat, keluar pejabat namun tiada siapa yang ingin mengambil dia untuk bekerja. Kerana kepenatan, suatu hari dia singgah di sebuah masjid untuk solat, yang sudah sekian lama tidak dilakukannya. Sambil duduk sementara menghilangkan kepenatan, dia terpandang seorang buta yang datang menuju ke arahnya untuk mengambil wuduk. Setiba sahaja beliau menghampirinya, sibuta itu mengucapkan salam serta tersenyum riang dan menanya khabar? Dia menjawab salam dan bertanyakan juga khabarnya. Dengan senyum dia menjawab salam dan menjawab khabar baik, alhamdulillah.
Didalam poket sibuta itu dia terlihat beberapa keping wang kertas RM100, agaknya lebih kurang 10 keping. Dalam hati dia terfikir mungkin hasil mengemis. Dengan memberanikan hati dia bertanya dari mana dia dapat wang itu. Dengan tersenyum sibuta itu menjawab, dia baru dapat upah hasil kerja kraftangan dari seorang peniaga.
Setiap hari dia akan membuat berbagai-bagai jenis bakul daripada buluh dan rotan. Buluh dan rotan dihantar oleh peniaga itu, kemudian dia buat kerja kraftangan. Hasil dari kraftangan itu dia hantar kepada seorang peniaga di pasar tani di bandar ini. Dari hasil itu, dapatlah dia berbelanja untuk sara hidup dia serta isteri yang juga buta dan seorang anak yang masih bersekolah. Kata sibuta, dia sentiasa sabar dan syukur ke hadrat Allah Taala kerana memberikan dia rezeki yang halal untuk meneruskan kehidupannya. Setidak-tidaknya dia tidak meminta-minta untuk sesuap nasi. Dia gembira dengan kehidupannya.
Setelah mendengar dengan teliti cerita sibuta itu, dia termenung dan berfkir. Dia melihat pada dirinya yang sempurna, cukup sifat dan mempunyai kelulusan asas tetapi mengapa dia harus bersusah hati dengan apa yang terjadi kepadanya.
Setelah berwuduk, dia solat. Sesudah solat dia duduk berfikir panjang dan berdoa memohon ampun supaya Allah memberikan pertunjuk kepadanya.
Tak berapa lama kemudian, dengan bermodalkan wang simpanan isterinya dia dan isterinya mula berniaga goreng pisang ditepi rumah mereka. Hari demi hari, minggu berganti minggu, perniagaannya dari sebuah gerai kecil, bertukar menjadi warung, kemudian menjadi kedai kopi dan sekarang sebuah restauran. Sebenarnya restauran yang kami minum itu adalah restaurannya. Sepanjang kami berbual, tak putus-putus pengunjung datang ke situ.
Pertemuannya dengan sibuta tempohari mengubah penghidupannya. Dia bersyukur kerana dia dikurniakan cukup pancaindera, kesihatan yang baik serta anak isteri yang sempurna jika dibandingkan dengan sibuta itu. Dengan berkat kesabaran dia dapat membina perniagaannya yang jauh lebih baik dari perniagaan dahulu. Setiap bulan dia pasti akan berjumpa dengan sibuta yang memberikan kesedarannya, sebagai tanda syukur, beliau akan memberikan sebahagian daripada zakat kepadanya, selebihnya dia akan berikan kepada sesiapa yang memerlukan.
Pengunjung restauran itu memanggil dia Haji Adam (bukan nama sebenar). Insya Allah, katanya, beliau akan bawa sibuta itu ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji dan umrah.
Sabar firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 45 – 46:
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu adalah tugas berat kecuali bagi orang yang khusyu".
Menurut Al-Ghazali, 'Sabar' ialah meninggalkan segala macam pekerjaan yang digerakkan oleh hawa nafsu, tetap pada pendirian agama yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu, semata-mata kerana menghendaki kebahagiaan dunia dan akhirat"
Syukur, berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat pemberianNya. Erti syukur, keadaan seseorang mempergunakan nikmat yang diberikan oleh Allah itu hanya untuk membuat kebajikan.

Maka jadikanlah diri kita dari kalangan orang bersyukur. Sentiasa memandang kebawah, supaya kita sedar yang kita adalah dikalangan orang yang mendapat rahmat Allah Taala.
No comments:
Post a Comment