Bagaimana Menghilangkan Rasa Bosan Punca Keletihan, Kebimbangan dan Kemarahan
Kita sering mendengar ramai yang merasa bosan dengan pekerjaan samada yang telah veteran atau yang baru beberapa bulan mula bekerja. Oleh kerana kebosanan melanda ia akan menjadikan kita lesu, tidak berminat untuk datang kerja terutama pada hari pertama selepas cuti atau berhujung minggu.
Ada banyak hal yang menyebabkan seseorang bosan dengan pekerjaannya. Mungkin kerana keadaan persekitaran kerja tidak kondusif, rakan kerja atau bos yang menyebalkan, atau ada masalah peribadi. Maka terpikirlah, betapa senang kalau bekerja di tempat lain.
Tapi, berpindah pekerjaan bukanlah hal yang mudah. Selain itu belum tentu di tempat yang baru kita akan bebas dari persoalan yang menyebabkan kebosanan dan kejenuhan. Mungkin keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Biasanya kebosanan itu bukan datangnya dari faktor luar tetapi kebanyakannya datang dari faktor diri sendiri.
Ambil satu kisah teladan seorang rakan, Abdullah (bukan nama sebenar), di pejabat kita yang mungkin kita akan lihat dia setiap hari. Pada awal minggu beliau pergi kerja, seperti biasa dengan menaiki motosikal. Kadang sampai awal dan kadang sampai lewat kerana trafik jam. Kerjanya sebagai khidmat pelanggan, berdepan dengan berbagai-bagai kerenah pelanggan. Bila petang Abdullah keletihan dan kelesuan, pulang dengan segala macam perasaan; kadang-kadang marah, kadang-kadang kecewa dan bermacam-macam perasaan negatif. Sampai rumah bila mak tanya nak makan pun tak ada selera.
Selepas berehat sebentar, girl-friend telefon ajak shopping dan menonton. Serta-merta perasaannya segar dan cergas, selepas mandi dan solat maghrib terus keluar dengan kegirangan, bershopping sampai kedai tutup, pergi makan dengan enaknya dan menonton wayang. Pukul 2 pagi baru balik, dan badan tidak lagi kelesuan, malah pukul 3 pagi baru tidur.
Mengapa pada mulanya Abdullah keletihan dan kelesuan tetapi bila diajak girl-friend untuk keluar kelesuan terus hilang?
Kita boleh lihat ramai Abdullah disekeliling kita. Abdullah kelesuan kerana semasa kerja dia berdepan dengan berbagai kerenah orang yang tidak digemarinya, memaksa diri bekerja melawan kehendak diri sendiri tetapi bila girl-friend ajak shopping dan menonton, dia gembira lakukannya, dia enjoy dan tidak rasa penat langsung.
Jika Abdullah boleh gantikan keadaan semasa bekerja dengan keadaan semasa bershopping maka segala kelesuan dan keletihan waktu bekerja akan hilang, dan beliau akan gembira bekerja. Bagaimana?
Yang membuat kan kita sering kali menjadi kan lesu untuk berfikir secara posifif atau berfikir untuk menjayakan kehidupan kita menjadikan kita manusia yang berjaya, cermerlang dan manusia yang dicipta oleh Allah seorang manusia yang hebat kerana diri kita dipenuhi racun yang dapat menghancurkan gejala penyakit yang membuatkan ketidak bahagiaan dan sering merasa bosan, boring, jemu dan sebagai nya.
Racun-racun itu adalah:
1 Menghindarkannya
Gejalanya, lari dari kenyataan, mengabaikan tanggung jawab, padahal dengan melarikan diri dari kenyataan itu , kita hanya akan menjauhkan diri kita dari kebahagiaan semua yang berlangsung sesaat maka kebosanan akan datang kepada kita sebagai pengantinya .
Untuk mengatasinya berhenti lah kita menipu diri kita sendiri.
Selesaikan setiap masalah yang dihadapi secara halusi dan amat-amati dengan bersungguh sungguh dengan bergantung pada pertolongan ALLAH " Hanya Engkau aku sembah dan hanya Engkau aku meminta pertolongan ." Surah Al-Fatihah Ayat 4 .
Ingat lah selalu nasihat sang pengcipta kita , Firman nya ,
" kerana sesungguhnya dengan kesusah itu akan datang kesenangannya."
" maka sesungguh nya dengan kesusah itu akan datang kesenangan nya." Surah alam nasyrah ayat 5 ,6 .
Bagi mereka yang berkerja dan berusaha bersungguh-sungguh dan tidak bersandar pada tuhan yang menciptanya, mereka akan memperolehi juga akan kesenangan tapi kesenangan itu akhirnya akan menimbul kan banyak masaalah di dalam kehidupan mereka sendiri .
2 Ketakutan pada diri sendiri
Gejalanya, tidak yakin diri, tegang, cemas yang antara lain biasa nya disebabkan kesulitan kewangan, konflik perkawinan, kesulitan seksual dan berbagai-bagi lagi yang datang pada diri kita .apa harus kita lakukan..??
Hindari menjadikan diri yang bergantung pada kerisauan, ketakutan dan kecemasan di dalam hati perasaan kita .
Ingatlah 99% hal yang kita risaukan , takutkan dan cemaskan tidak pernah terjadi. Keberanian adalah pertahanan diri paling canggih dan ampuh yang lebih berkesan .
Jangan segan dan malu mencari bantuan dari ahlinya, seperti belajar dari pakar agama , pakar motivasi atau mereka2 yang kita yakini ada sifat keyakinan diri dan berani buat perubahan .
3 Ego, sombong, berbangga pada diri sendiri
Kedekut, materialistis, Penting kan diri sendiri , lebih suka meminta daripada memberi .
Menghindarinya dengan bersikap sosial yang tidak derhakai Allah.
Juahi dari menghina, memfitnah, mendengki, apa lagi kalau kita memulau kan nya yakni mengeksploitasi teman teman kita itu.
Dengan apacara sekali pun asalkan ianya iklas ke arah kebaikan dan menafaat, memberi faedah untuk kehidupan meraka di dunia ini mahu pun di akhirat esok hari .
Perlu di ketahui oleh kita orang yang tidak mengharapkan apa apa pun dari orang lain dan sentiasa terbuka hati perasaan nya untuk pelajari benda yang benar dan baik ada lah orang yang tidak pernah merasa dikecewakan dan pernah rasa jemu, puas, boring, lesu apa lagi ber putus asa dan sebagainya.
"Sesungguhnya solat ku, perkerjaan ku, hidup ku dan mati ku, hanya lah untuk mu Allah yang mempunyai sekalian alam ini ". Itu lah doa dan janji taat setia kita pada permulaan solat kita .
4 Semangat dalam diri kita
Hilang semangat didalam diri kita. Dengan kata lain jangan putus asa.
Atasi dengan pandang kehadapan. Dunia masih luas, manusia terus berlumba-lumba meraihkan kejayaan dan kekayaan.
Dengan tumbuhnya semangat begitu kita kan menemukan kebahagiaan dalam gairah saat meraih semangat ingin berjaya kita tersebut.
5 Rasa rendah diri tidak menantu tempat nya.
Kehilangan keyakinan diri dan kepercayaan diri serta merasa tidak memiliki kemampuan bersaing.
keyakinan diri pada Allah terlalu rapuh, longgar.
Seseorang tidak akan menang bila sebelum berperang keyakinan dirinya akan kalah terlebih awal adalah faktor atau sebab-sebab utama dia akan kecundang dan kalah. Mati nya semangat diri sendiri apabila kita belajar atau berkerja. Apa bila kita yakin akan kemampuan kita, sebenarnya kita sudah mendapatkan sepenuhnya dari target yang ingin kita raih. Jadi, kejayaan bermula pada saat kita yakin bahwa kita mampu mencapainya dengan pertolongan Allah Taala.
6 Sombong yang berterusan.
Firman Allah s.w.t.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri “.
Surah lokman ayat 18
Kompleks didalam diri yang tidak disedari jika tidak dihalusi, terlampau sombong, buatkan kita berbangga diri kita didalam kepalsuan diri kita sendiri yang ini paling bahaya, tanpa kita sedari.
Orang yang sombong akan dengan mudah kehilangan teman,
Dengan rendah hati perasaan kita, nanti kita akan dengan sendirinya mau mendengar orang lain .
7 Menghina diri sendiri
Ertinya tidak pandai aku ini, bodoh, malas, tiada siapa nak kawan dgn aku dan sebagainya yang negatif, yang tidak baik dalam diri hati perasaan kita ini. Kalau kita biar kan lama lama ianya, boleh menjadikan doa didalam diri kita sendiri, suasana yang dominan, murung, menghunjam diri, merasa menjadi orang termalang di dunia akan berlaku di dalam diri kita dan kehidupan kita sendiri. Maka hindari lah bersikap bergitu. Ingat tiada manusia didalam dunia yang pandai dan tiada manusia yang di lahir kan terus pandai.
Atasi dengan jangan membuat diri menjadi kehairan /pelik/kerisauan, terpaku pada diri sendiri. Lupakan masalah diri dan hindari untuk berperilaku sebagini dan tanamkan sifat yakin dalam diri sendiri dan jangan harap dan hadap ketergantungan kepada orang lain semata mata.
8 Sikap bermalas-malasan
Gejalanya bosan, jenuh berlanjut, melamun, dan menghabiskan waktu dengan cara tidak menafaat, ber bual-bual kosong, chatting yang tidak bermanafaat dan tidakk produktif, merasa kesepian dan berbagai-bagai lagi.
Mengatasinya dengan melakukan kerja-kerja yang menafaat pada diri-sendiri dan orang orang disekelilingnya.
9 Sikap tidak bertolak ansur/toleran.
berfikiran sempit, kebencian, angkuh, sombong terhadap agama dan lain lain di dalam kehidupan kita ini.
Atasi dengan tenangkan emosi kita melalui seni mengawal diri. Amati mereka secara bijaksana dan intelektual. Tingkatkan kadar toleransi kita. Ingat bahwa dunia diciptakan dan tercipta dari keberagaman dengan penuh kasihsayang sesama kita dan saling lah berkasih-sayang sesama kita kerana Allah yang 1.
10 Kebencian
Ada keinginan balas dendam, kejam, simpan sifat dengki.
Mengatasi dengan cinta-kasih berkasih sayang sesama kita.
Sabda nabi besar kita s.a.w.
" Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya ”.
Mengatasi dengan nyatakan pada diri kita dan teman-teman kita semuanya, I love u too atau I miss u too.
Hilangkan rasa benci. Belajar memaafkan dan melupakan. Kebencian merupakan salah satu emosi negatif yang menjadi dasar dari rasa ketidak bahagiaan dan membuat kita menjadi cepat kebosanan / boring yang menggilakan.
Orang yang memiliki rasa benci biasanya juga membenci dirinya sendiri karena membenci orang lain.
Satu kata-kata hikmah yang harus ditanam dan diamalkan,
I believe... we can get everything in life we want if we help enough other people get what they want.
No comments:
Post a Comment