Total Pageviews

Tuesday, 21 June 2011

Jadikan PEKERJAAN sesuatu aktiviti yang MENGEMBIRAKAN (Part 5)



Atasi Kepenatan
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata:
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah sallahu alaihi wassalam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda sallahu alaihi wassalam pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda sallahu alaihi wassalam berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Apa yang menyebabkan kita kepenatan?
Menurut seorang pakar saikologi J A Hadfield bahawa kepenatan dan kelesuan kebayakannya datangnya dari mental. Malah sorang ahli saikologi lain, Dr A A Brill menyatakan semua kepenatan dan kelesuan adalah datangnya dari mental.
Tugas saya adalah sebagai juruodit tetapi dalam masa yang sama saya suka buat perbentangan atau latihan menggunakan grafik komputer.
Kerja odit adalah sesuatu kerja yang mencabar, terpaksa melayani kerenah orang yang diodit, masa terhad dan banyak perkara terpaksa diselesaikan. Disebabkan hal-hal itu, saya berdepan dengan suasana stress, perbincangan panas, berhujah dan sebagainya sehingga mendapat kata sepakat. Setiap hari setelah tamat odit, saya kepenatan, tidak bermaya kadang-kadang makan pun tak lalu.
Pada masa lain pula saya ditugaskan mengedalikan latihan dimana saya akan sediakan bahan latihan dan mengajar. Saya dengan minat akan siapkan bahan latihan, kadang-kadang dari pagi sampai ke tengah malam. Tidur bila dah rasa mengantuk kemudian sambung balik pagi esok tanpa rasa penat. Bila sampai masa mengajar saya akan bergerak diseluruh kelas sambil bercakap, berbual dan bergelak ketawa. Bila habis latihan, saya akan pulang dengan senang hati tanpa rasa penat atau kelesuan.
Dari dua pengalaman ini, apa yang membezakannya? Yang pertama bukan kerana tidak minat tetapi dipenuhi dengan hujah dan stress. Tetapi keadaan kedua kita lakukannya dengan kegembiraan.
Maka, kerja secara fizikal tidak akan membuat kita penat. Jika mental kita stress samada mendapat tekanan dari seseorang, pertandingan atau kerja kita tidak mendapat penghargaan malah mendapat kritikan itu sebenarnya membuatkan kita penat dan kelesuan. Malah melalui pengalaman saya, saya juga akan lebih penat jika suatu hari saya pergi kerja didapati tidak ada tugas langsung yang diberikan kepada saya. Saya stress kerana memikirkan samada khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi atau stress kerana tidak apa nak buat dalam satu hari. Saya akan lebih penat dan lesu bila pulang dari kerja.

Bagaimana mengatasi kepenatan?
Kerja sebagai juruodit adalah tugas saya, menyediakan dan mengedalikan latihan adalah kegemaran saya dan membuat grafik adalah kemahiran saya.
Maka gabungan ketiga-tiga perkara itu menjadikan satu tugas yang sangat mengembirakan akan membuatkan kita kurang kepenatan. Disertai pula dengan zikir yang diajar Rasulullah diatas, maka kepenatan dapat dikurangkan atau dihilangkan samasekali.Dari pengalaman saya yang telah saya lalui, maka saya kongsikan bersama.

No comments:

Post a Comment