Tabiat kerja yang baik
Tabiat kerja yang baik membantu mengelakkan kepayahan dan kerisauan.
1. Mula-mula bersihkan meja atau tempat kerja dari semua benda-benda samada kertas, peralatan dan sebagainya kecuali yang untuk tindakan segera. Benda-benda yang bertaburan dan tidak tersusun membuatkan kita bertambah risau dengan kerja yang tertimbun dan tidak terurus.
2. Mulakan kerja mengikut susunan kepentingannya. Pelajari teknik pengurusan masa. Utamakan kerja yang penting tetapi tidak segera terlebih dahulu. Kerja yang tidak penting dan tidak segera perlu diabaikan sehingga semua kerje selesai.
3. Bila menghadapi masalah, segera selesaikan pada masa itu juga, jika ada fakta yang diperlukan untuk membuat keputusan, jangan ditangguh-tangguh. Jika fakta belum mencukupi segera cari fakta supaya boleh membuat keputusan.
4. Jika kita seorang penyelia, belajar mengurus dan mewakilkan kerja kepada orang dibawah tanggungjawab kita. Mereka akan merasa dihargai jika kita berbuat demikian.
Rehat dan bertenang
Ambil masa untuk berehat dan bertenang.
1. Cadangan yang akan membantu untuk bertenang:
a. Berehat dan bertenang pada waktu-waktu tertentu. Setiap satu jam atau mengikut kemampuan, bangun dan berjalan untuk merehatkan badan dan fikiran. Pergilah kemana-mana seperti ke tandas atau baca papan notis tapi janganlan mengganggu rakan-rakan sedang bekerja.
b. Bekerja, sebanyak mungkin, dalam kedudukan yang selesa. Samada keadaan pekerjaan yang memerlukan duduk atau berdiri pastikan ianya selesa. Pakai pakaian yang selesa supaya tidak menganggu tumpuan harian.
c. Tiap-tiap 4-5 jam tanya diri sendiri
i. Adakah kerja saya menjadi semakin susah dari yang sepatutnya?
ii. Ada saya menggunakan urat (muscle) yang sepatutnya saya gunakan untuk kerja ini?
2. Sebelum hentikan kerja, tanya diri sendiri,
a. “berapa penat saya hari ini?"
b. Jika penat, katakan, "ianya bukan sebab kerja mental yang saya lakukan tetapi kerana cara saya buat kerja."
Selalu muhasabah diri dan cari kaedah kerja yang selesa dan menyenangkan kita.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment