Jadi diri sendiri (be yourself)
- Kalau seandainya kita berkulit hitam, mengapa harus dirisaukan, biarkan ia hitam kerana Allah telah menjadikan kita hitam ada hikmah disebaliknya. Ramai orang cuba memutihkan kulit yang hitam dengan memakai berbagai alat dan perubatan.
- Memang dia berjaya memutihkan kulitnya, tetapi berjayakan ia menghilangkan risau sebab berkulit hitam.
- Disebabkan kegemukan seorang wanita tidak dapat menikmati kehidupan yang berfesyen, aktif dan selalu hidup menyediri dalam rumah sahaja. Keadaan bertambah buruk bila keluarganya tidak memberikan galakan yang baik supaya beliau keluar bercampur dengan orang lain. Setelah sampai jodohnya beliau berkahwin dengan sorang lelaki dari keluarga bahagia yang pada keseluruhannya mempunayi masalah kegemukan sama macam beliau.
- Selama beberapa lama berkahwin, beliau tetap dengan keadaannya, menyendiri didalam rumah, tidak bercampur dengan tetamu hingga suatu hari beliau bertanya kepada ibu mertuanya bagaimana ibu mertuanya lakukan terhadap anak-anaknya sehingga semua anak-anaknya hidup bahagia, boleh bergaul, beriadah dan sebagainya sama dengan orang-orang lain. Ibu mertuanya menjawab, "saya mendidik anak-anak supaya menjadi dirinya sendiri, awak adalah lah awak, setiap orang Allah menjadikan ada keistimewaannya". Dia memula belajar menjalani kehidupan tanpa menghiraukan apa orang akan kata sekeliling.
- Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata apa-apa kepadanya, malah dia mendapat lebih ramai kawan-kawan dan hidup lebih bermakna sejak dari hari itu.
- Cari diri sendiri, jadilah diri sendiri dan jangan tiru orang lain. Tiada sesiapa yang serupa kita didunia ini. Setiap diantara kita mempunyai keunikan sendiri dan setiap keunikan itu ada keistimewaan.
- Bekerja dan bertindak dengan cara sendiri. Bertindak melalui pengalaman, persekitaran dan kemampuan sendiri kerana jika kita bertindak mengikut cara orang lain kita mungkin tidak kesampaian kerana ilmu, pengalaman dan tenaga kita tidak sama dengan mereka.
Be yourself
If you can't be a pine on the top of the hill,be a scrub in the valley, but be the best little scrub by the side of the rill; be a bush, if you can't be a tree.
If you can't be a bush, be a bit of the grass, and some highway happier make; if you can't be a muskie, then just be a bass, but the liveliest bass in the lake!
We can't all be captains, we've got to be crew, there's something for all of us here. There's big work to do and there's lesser to do, and the task we must do is the near.
If you can't be a highway, then just just be a trail, if you can't be the sun, be a star; it isn't by size that you win or you fail, be the best of whatever you are!
No comments:
Post a Comment