Total Pageviews

Thursday, 1 April 2010

Hentikan Risau: Jadi Diri Sendiri ... 4

Hilangkan kebosanan

Hilangkan kebosanan yang menyebabkan kepenatan, kerisauan dan kemarahan

  1. Lakukan kerja yang kita minati. Sebab itu pada awal-awal lagi kita disarankan mencari kerja yang kita minati bukan kerana gaji atau kawan-kawan. Bila melakukannya, kita suka dan gembira melakukannya.
  2. Jadikan kerja itu menarik dan menakjubkan. Hias tempat kerja kita dengan hiasan kegemaran kita. Saparuh majikan tidak menghalang kita pasang radio atau muzik asalkan tidak mengganggu orang lain.
  3. Tukar kaedah kerja supaya menarik (jangan gadaikan keselamatan) tetapi menepati objektif. Sentiasa mencari kaedah kerja yang boleh menyenangkan kita, membuat kita seronok dan suka melakukannya.
  4. Adakan pertandingan dengan rakan sebelah atau diri sendiri tapi bukan untuk menjatuhkannya, hanya untuk menyeronokkan suasana. Adakan sedikit hadiah, antara rakan-rakan, siapa menang dapat hadiah.
  5. Tukar kerja dengan rakan, cuba buat sesuatu yang berlainan. Ini seperti kata perpatah inggeris, ‘grass on the other side of the field is always greener”

Kira anugerah, bukan masalah

  1. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah dan bersabar dengan ujianNya
  2. Sentiasa berfikir akan anugerah yang kita terima dan bandingkan dengan kekurangan yang orang lain perolehi

Tangani kritikan

  1. Kritikan yang tidak berasas selalunya membawa kepada pujian terang-terangan. Tapi jika kita menentang dan membalas kritikan, tumpuan akan berpaling kepada kita semula, menjadikan kritikan itu macam betul.
  2. Pujian tidak berasas merupakan satu penyakit jika diberi dengan niat sesuatu disebaliknya. Ia amat merbahaya kerana boleh meruntuhkan sesebuah empayar.
  3. Kritikan tidak akan menyakitkan. Apa kritikan boleh lakukan kepada kita, malah ia boleh dijadikan satu asas untuk memperbaiki diri sendiri. Kritikan merupakan satu nasihat yang tidak perlu mengeluarkan belanja untuk mendapatkannya.
  4. Bila di kritik, lakukan yang terbaik, ambil payung lama, biarkan air hujan menitis dibelakang leher anda. Lama kelamaan air itu akan kering tetapi membuatkan badan kita bertambah segar dan dingin.

Peringatan:
Jika kritikan dibalas kritikan, mangsa kritikan akan beralih kepada orang mula-mula dikritik




(Tamat... tunggu siri yang akan datang, 'Teknik Asas Menangani Manusia....')

No comments:

Post a Comment