Bagaimana rasa jika seseorang yang tidak dikenali tiba-tiba datang menemui anda tanpa memberi tahu terlebih awal, dengan kata lain, datang dengan kejutan? Saya tak tahu apa jawapan anda, tetapi jika saya, ia akan mengambil sedikit masa untuk memproses pemikiran saya untuk mengenali orang itu. Kata perpatah 'Tak kenal maka tak cinta'.
Dalam temuduga keadaan sama saja dimana apabila mereka dijemput masuk, ahli panel akan membuka fail, make a quick glance pada resume dan cuba analisa calun ini dan fikirkan soalan apa nak tanya.
Berbeza jika kita sudah mengenali calun berkenaan sebelum ditemuduga. Mengenali disini membawa bermacam-macam maksud, mungkin saudara-mara, kawan-kawan, atau yang kebanyakannya sudah berurusan sebelum itu. Lupakan soal saudara-mara atau kawan lama, letakkan diri kita sebagai belum mengenali.
Sebelum ditemuduga, tetapi sebaik-baiknya sebelum disenaraipendek kita sudah mula berusaha untuk berkenalan dengan siapa yang akan menemuduga. Biasanya, orang HR dan Pengurus yang hendak menggunakan jawatan itu. Tip-tip untuk berkenalan
- Selidik terlebih dahulu siapa pegawai yang akan menemuduga. Telefon dan minta bercakap dengan Pengurus atau Pegawai HR, dapatkan siapa bos bagi jawatan yang nak ditawarkan.
- Selidik apakah produk atau services syarikat ini dan apakah tugas bagi jawatan yang nak ditawarkan
- Dapatkan maklumat apakah masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat ini berkait dengan tugas yang hendak ditawarkan.
- Setelah diketahui, telefon yang berkenaan, perkenalkan diri dan berbual dengannya dengan bertanyakan tentang syarikat itu, produk atau services.
- Cuba berbual apa yang anda tahu mengenai syarikat and produk mereka dan kaitkan dengan pengalaman, kemahiran, pengetahuan atau kelulusan anda.
- Jika anda tahu apa masalah dan anda ada sedikit idea bagaimana menyelesaikan masalah itu atau mungkin anda pernah lalui masalah berkaitan maka berbuallah mengenainya, tapi ingat, jangan komen atau kritik sebarang penyelesaian yang pernah mereka lakukan jika diketahui.
- Semasa berbual, be professional dan sentiasa senyum dan tunjukkan keriangan. Lemparkan appreciation dan pujian kepada mereka atau syarikat mereka tetapi semua pujian itu mesti specific dan benar. Apa-apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang terbaik tetapi tak salah jika kita top-up yang baik itu dengan yang baik juga dan jangan buang apa-apa kepunyaan mereka untuk digantikan dengan hak kita.
- Jangan sekali-kali merayu agar mengambil kita sebagai pekerja yang akan ditemuduga nanti.
- Sebelum meletakkan telefon, bagi sedikit thinker, katakan anda ada membuat permohonan jawatan dan cakap yang anda berminat untuk meningkatkan prestasi syarikat itu.
Mudah-mudahan dengan cara itu nama baik anda akan perpaku dalam fikirannya dan apabila proses senarai pendek dan pemilihan, nama anda diutamakan dan sudah tentu penemuduga akan tertunggu untuk mengenali anda dengan lebih dekat. Insya Allah temuduga akan berjalan lancar sebab anda adalah calun yang mungkin ditunggu-tunggu.
Sedikit tip berpakaian samada untuk temuduga atau semasa bekerja (dipetik dari buku Winning People Over 14 Days to Power and Confidence - Burton Kaplan)
- Appearance always counts
- Forget fashion; dress smart
- Stop dressing for the job you have. Start dressing for the one you want
- You need more than a wardrobe. You need a wardrobe plan
- Start by creating your basic working wardrobe
- Take inventory of what you own
- Decide how much you need to spend
- Shop at the right time
- Shop as smart as you spend
- Never buy on impulse
- Shop alone
- Buy basics on a three-year plan
- Shop in stores that exemplify the look you want
- Develop a relationship with salesperson and tailors
- Find the hidden values in women’s and men’s clothing
- Use accessories to clarify your look, not clutter it
Walaubagaimanapun ia tetap bergantung pada jenis pekerjaan, jawatan dan yang paling utama budaya syarikat dan penduduk dikawasan itu. Yang penting jangan gadaikan agama dan maruah jika itu bukan budaya kita sebab tempat kerja bukan sahaja tempat cari makan tetapi ia adalah tempat kehidupan. Ingat, masa kita bersama kawan-kawan dan tempat kerja kita dua atau tiga kali ganda lebih banyak dari dirumah kita selain waktu tidur.
Itulah sedikit sebanyak tip untuk mencara pekerjaan yang saya tulis berdasarkan pengalaman saya semasa bertugas dibahagian latihan dan pemilihan kakitangan untuk syarikat saya. Semoga berjaya.
Diakhir topik ini saya ingin menekankan, cari kerja yang sesuai dengan jiwa kita, minat kita, solat 5 waktu dan solat hajat tetap diteruskan, jangan gadai agama, budaya dan muruah demi hanya untuk mendapat pekerjaan. Banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala.
No comments:
Post a Comment