Semasa di Madinah tak banyak yang boleh dikongsikan sebab semuanya hampir sama dengan pengalaman orang lain. Aktiviti agak sama, bangun jam 3:30pagi pergi masjid, balik solat pukul 6:30pg, breakfast, tidur sekejap, pukul 11:30pg pergi masjid solat zohor, balik solat pukul 1:00pm, lunch, lepas tu tidur lagi, then pukul 3:00 pergi solat asar, pukul 5:00pm pergi solat maghrib sampai isya', pukul 8:00 pm balik, dinner, lepas tu terus tidur. Tulah aktiviti selama 8 hari selain program lawatan tempat bersejarah.
Tempat lawatan yang paling berbekas dihati ialah di jabar uhud, dimana petugas haji bercerita tentang perang uhud, lepas tu kami dapat tengok sendiri kesan peperangan tersebut. Tak tahan juga saya bila dengar cerita sambil melihat kesan didepan mata, bagaimana gigih pejuang-pejuang dizaman rasulullah berjuang mempertahankan beliau dan agama islam.
Gambar ini adalah bukit uhud, dimana warnanya kemerah-merahan, kitakan bahawa warna itu adalah kesan darah mujahiddin yang gugur semasa peperangan.
Gambar diatas ini pula adalah makam Saidina Hamzah, yang terletak di kawasan jabar uhud.
Nantilah, next episod saya cerita lagi pengalaman saya di Madinah. Terima kasih kerana sudi membaca
No comments:
Post a Comment