Total Pageviews

Monday, 28 September 2009

The Power of 'YOU' dalam mencari kerja (4)

Temuduga
Temuduga pada lazimnya bertujuan untuk mencari kesahihan apa yang diperkatakan dalam surat permohonan. Biasa ia akan membincangkan mengenai apa yang boleh dilakukan untuk membantu syarikat terus maju atau memperbaiki prestasi yang sedang dalam delima. Tetapi pandangan pertama, the minute you step in at the gate, adalah yang paling penting. Gambaran yang ditampilkan akan membentuk minda orang yang akan menemuduga samada dia boleh memberikan sumbangan atau sebaliknya. Jika kita berjaya membangkitkan persepsi pandang pertama maka temuduga akan menjadikan satu suasana yang menyeronokkan. Tetapi jika disebaliknya maka agak sukar untuk membangkitkan semula persepsi baik terhadap kita.
Ramai remaja terutama lepasan universiti atau kolej gagal menampilkan pandangan positif terhadap penemuduga, contohnya berpakaian tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon seperti memakai terlalu banyak accessories bagi wanita, baju berbunga-bunga bagi lelaki, berambut panjang, berkasut sport dan sebagainya. Berpakaian yang sesuai dengan jawatan yang hendak dipohon amat penting kerana ia menggambarkan professionalism.
Begitu juga semasa berjalan masuk untuk mendaftar, biasanya diruang penyambut tetamu. Setiap gerak-geri anda diperhatikan, setiap tingkahlaku semasa menunggu secara tidak langsung sedikit-sebanyak menjadi kayu ukur keperibadian kita. Ada syarikat menghidangkan minuman ringan sebelum ditemuduga, jika ada, ambillah kesempatan itu untuk menunjukkan kematangan kita. Jika ada wakil syarikat berada disitu, jangan lepaskan peluang beramah-mesra dengan mereka tetapi biarlah professional, bukan personal.
Disiri yang akan datang saya akan berikan beberapa langkah untuk memenangi temuduga walaupun belum ditemuduga.
bersambung

2 comments:

  1. interesting article abg wan, insyallah boleh benefit others juga yang sedang cari kerja macam saya sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. article yang menarik tuk para fresh graduan dan pencari kerja.sekurang2nya dapat membantu mereka yang mencari kerja dan menambah keyakinan dalam menghadapi sessi temuduga dikemudian hari.

    ReplyDelete