Total Pageviews

Monday, 13 June 2011

Jadikan PEKERJAAN sesuatu aktiviti yang MENGEMBIRAKAN (Part 2)

Jujur dengan Pekerjaan

Perkara pertama dan utama untuk menjadikan pekerjaan sesuatu yang mengembirakan ialah jujur dan amanah samada semasa menjalankan tugas sebagai orang yang digajikan atau semasa menjalanlan berniagaan.

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.”

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, bahawasanya Rasulullah (saw), bersabda, bermaksud:
Allah Subhanahu Wa Ta’ala befirman (dalam hadith Qudsi): “Akan wujud beberapa kaum yang berpura-pura dalam kekhusyu’an, mereka memakai kulit-kulit domba halus di hadapan manusia (berpura-pura), lidah-lidah mereka lebih manis daripada madu, hati-hati mereka lebih pahit daripada tanaman sejenis jadam (rasanya sangat pahit), maka atas nama-Ku, Aku bersumpah untuk menurunkan fitnah dan cubaan yang menjadikan orang yang lembut menjadi gundah. Apakah mereka hendak menipu-Ku ataukah mereka berani kepada-Ku?”

Diceritakan oleh seorang rakan, beliau sekarang rasa teramat gembira masa bekerja, rasa senang, tidak ada rasa bersalah dan tidak ada rasa curiga terhadap sesiapa. Hatinya girang, sentiasa suka dan gembira bukan sahaja bila berada ditempat kerja tetapi sepanjang masa. Kegembiraan itu bukan kerana dinaikkan pangkat, sehingga ke hari ini dia masih berada di tangga sama.
Dulu beliau tidak rasa setenang dan segembira sekarang, kenapa?
Dahulu dia rasa sesuatu sentiasa tak kena dan sentiasa dalam keraguan dan kadang-kadang naik marah tak tentu pasal, kadang rasa takut pun ada.


Dahulu, kata beliau, bila datang kerja dia datang awal sedikit tetapi selepas punch-in dia akan keluar pejabat semula untuk minum dan berbual dengan kawan-kawan
Dahulu, katanya lagi, bila tiba waktu hampir balik dia dah siap sedia untuk balik. Jika ada sesuatu kerja yang baru diterima, walaupun sempat untuk disiapkan, dia akan marah-marah dan tangguhkan esok
Dahulu kalau keluar atas urusan kerja atau peribadi dengan kebenaran dia tidak akan balik pejabat secepat mungkin, sebaliknya dia akan pergi kemana-mana menghabiskan masa atas urusan lain atau terus balik kerumah
Dahulu kalau keluarga memerlukan alat-tulis, dia lebih suka ambil perlatan pejabat dari pergi beli dengan duit sendiri.
Dahulu kalau ada keperluan hal peribadi dia lebih suka ambil sijil sakit dari ambil cuti.
Dahulu kalau bos suruh buat overtime, walaupun kerja siap dalam tempoh 4 jam, dia akan tuntut untuk satu hari.


Tetapi sekarang dia tidak lagi. Atas kesedaran pentingnya jujur dan amanah, dia dah taubat tak akan buat perkara tu lagi. Dia tidak lagi curi masa, bekerja sampai ke habis waktu. Semua keperluan peribadi dibeli sendiri dari duit gaji dan cuti dengan mengambil cuti tahunan yang diperuntukkan. Cuti sakit kadang-kadang tak ambil kecuali kalau betul-betul sakit dan tuntutan overtime mengikut jam yang dikerjakan.
Setelah beberapa bulan mengamal sikap jujur dan amanah dia rasa tenang sekali. Kesusahan semacam magik, hilang begitu sahaja dan dia tak pernah kesempitan masa dan wang dalam kehidupan seharian. Bila pergi kerja dia rasa lebih efektif dan tidak rasa bersalah, ragu-ragu dan sehingga sekarang dia cukup gembira dengan pekerjaannya walaupun hanya berpangkat eksekutif.
Maka, itulah hikmah jujur dalam kehidupan harian. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui atas apa perkerjaan yang kita lakukan dan Maha pemurah keatas hambanya.

No comments:

Post a Comment