Allah swt adalah Tuhan semua makhluk tidak terkecuali samada dia tu orang islam atau tidak. Bagi orang beragama lain terutama kristian dan nasrani mereka percaya bahawa Allah itu adalah tuhan mereka. Tetapi yang menjadikan mereka kafir adalah kerana mereka juga percaya Nabi Isa itu anak Allah dan Mariam itu isteri Allah dan mereka menolak Nabi Muhammad as itu Rasulullah.
Dengan membenarkan mereka menggunakan nama Allah kita dah menang setengah dari perjuangan mengesakan Allah tapi belum selesai. Jika kita berjaya mengalihkan keimanan mempercayai nabi Isa itu Rasullullah sebelum Nabi Muhammad dan percaya dan beriman Nabi Muhammad itu Rasulullah and Al-Quran itu kitab Allah yang wajib diikuti, maka kita boleh dikira berjaya tetapi belum exceed sebab kalau nak exceed mestilah membuatkan mereka beramal ajaran Islam.
Tetapi jika nama Allah digunakan ditempat yang kotor, jijik dan menghinakan, maka itu wajib kita tentang.
Mereka dah percaya Allah adalah Tuhan yang menjadikan alam semester, mereka percaya ada malaikat dan hari kiamat. Tetapi apakah peranan anda untuk mengajak mereka, non-muslim, (terutama orang kristian dan nasrani) mempercayai bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Al-Quran itu kitab Allah dan mengajak mereka meninggalkan kepercayaan mereka bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan dan Siti Marian itu isteri Allah?
Adakah dengan menentang mereka menggunakan nama Allah mereka akan datang untuk memeluk agama Islam kerana terlalu berkehendak menggunakan nama Allah?
menurut maklumat risikan, sebenarnya kes tu cmni..:
ReplyDeleteKDN ada wartakan perintah i.e; (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan pada 16 Februari 2009
sebab ada satu persatuan gereja; Titular Roman Catholic Arhbishop of Kuala Lumpur ada publish satu naskah Herald Weekly yg guna kalimah ALLAH dan bila gereja
ni failkan semakan kehakiman dgn tujuan utk batalkan perintah KDN tu sbb pd gereja tu;
**Perintah KDN tu berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama
Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis
dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’
sebelum ada yg terkeliru, perintah di atas yg menjadi titik tolak itu telah di batalkan oleh KDN dan berkuat kuasa mulai 2/3/09.
"KDN mengeluarkan perintah berhubung Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 bagi
membatalkan warta yang dikeluarkan pada 16 Februari [(1/8)P.U.(A)62/2009(3/8)] lepas berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan bahan agama
Kristian."
perintah asal** tu dipertikaikan pihak gereja sbb wajib dalam apa jua dokumen yg hendak dicetak mesti di tulis Khusus Untuk Penganut Agama Kristian sedangkan
matlamat pihak gereja adalah utk mengedarkannya kepada kaum melayu..so tu sebab gereja ni failkan semakan kehakiman nk mahkamah kaji dan bg perintah
sewajarnya [batalkan] perintah KDN tu..dan KDN pulak, atas sebab2 keselamatan, telah pd 2/3/09 membatalkan terus warta bertarikh 16/2/09 tu..
penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan tersebut adalah utk penghayatan iman penganut kristian..
perkataan Allah terdapat dalam Al-Kitab dan digunakan dalam upacara sembahyang Katholik..
derang [penganut kristian dan gereja] ada hak di sisi undang-undang utk gunakan istilah Allah atas alasan ada hak kebebasan bersuara (perkara 10 feds consti
dan hak kebebasan beragama (perkara 11 feds consti)..
kalimah Allah pd org2 kristian adalah istilah yg tepat utk istilah "God" dalam Bible, dan "Lord' sbgi "Tuhan"..
istilah Allah bukan istilah khusus bg agama Islam, dan selama 15 abad, umat Islam dan Kristian telah menggunakan perkataan Allah sbg merujuk kpd "Tuhan Yang
Unggul". Istilah "God" telah diterjemahkan sbg Allah dlm istilah/perkataan agama Katholik yg pertama kali diterbitkan thn 1989 oleh Majlis Uskup-Uskup
Katolik Semalaysia.
hebohnya isu kalimah Allah yg mahu digunakan pihak gereja tu adalah disebabkan KDN sudah dapat menghidu niat pihak gereja yang mahu mengguna pakai kalimah
Allah tu dalam dokumen tentang pemahaman kristian yg dicetak hanya dlm bahasa melayu dan utk tujuan pengedaran kpd org2 islam di sabah & sarawak..tu sbb pd
awalnya KDN mewajibkan mesti ada nota "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian" sahaja pd tiap dokumen agar tindakan dpt diambil sekiranya ia diedarkan pd yg
bkn penganut kristian..*perintah ni diwartakan pd 16/2/09.
tapi selepas dinasihatkan oleh antara lain mufti perak, majlis raja2 dan menteri yg berkaitan hal ehwal Islam di JPM, terus syarat membenarkan kalimah Allah
digunakan tetapi mesti ada nota "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian" tu serta merta dibatalkan pd 2/3/09..dan ini menambahkan kegelisahan pd pihak gereja
yg khabarnya sudah merancang plot demi plot dlm usaha menarik seberamai org2 Islam yg diatas pagar supaya masuk kristian..dan inilah sbb2 utama nape KDN
berkeras melarang penggunaan kalimah tu..KDN juga dah dapatkan nasihat dr mereka yg arif pasal bible, injil, whtsoever tentang kalimah Allah dan penggunaanya
dlm agama samawi tetapi KDN percaya niat sebenar pihak gereja dlm isu ni adalah untuk mengelirukan pemahaman org2 Islam..