Total Pageviews

Thursday, 14 January 2010

Father Forgets

Sebagai orang tua kepada anak-anak kita sering lupa bahawa anak-anak juga punya perasaan dan keinginan. Perasaan untuk disayangi dan perasaan untuk menggayakan apa yang dimilikinya. Mereka ingin menampilkan gaya tersendiri dikalangan kawan-kawan mereka. Mereka juga mempunyai cita-cita untuk menjadi orang yang disanjungi, orang yang disegani dan dilihat sebagai seorang penting oleh orang-orang dikeliling mereka.
Tetapi kita sebagai ibu bapa kadang-kadang lupa bahawa semasa kecil dulu kita pun menpunyai perasaan yang sama dengan mereka, tetapi masa yang membezakan keadaan dan cara. Kita sering menyamakan keadaan mereka dengan keadaan dizaman kita dahulu. Kita suka menyogokkan gaya mereka dengan gaya kita dimasa lalu. Kita lupa bahawa itu tiga puluh tahun yang lalu. Oleh itu kita sering berpandangan negatif terhapad perasaan, keinginan, perwatakan dan cita-cita mereka, dengan itu kita menjadi pembangkang utama apabila mereka cuba menonjolkan semua itu kepada kita. Justru itu anak-anak kita akan berpaling mencari yang lain untuk memenuhi semua keinginan dan cita-cita mereka. Dan sudah tentunya apabila kita ketahuinya, kita sebagai ibu bapa mereka, akan sasarkan kemarahan kita terhadap mereka, kerana keegoan, beralasan takut mereka terpengaruh dengan gejala tidak sihat.
Sebagai ibubapa, kita sepatutnya memahami perasaan, keinginan dan cita-cita mereka sebelum membuat sesuatu bantahan kerana dengan memahaminya kita akan dapat membantu mereka capai apa yang mereka inginkan dengan cara yang posotif. Dengan cara itu juga mereka akan meletakkan kita, ibu bapa mereka, ditempat yang paling tinggi dan utama semasa mengharungi zaman remaja kerana setiap apa yang dilakukan mereka akan jadikan kita sebagai idola dan mentor. Mereka senang berbincang dengan kita sebab kita menyokong mereka secara positif. Dengan sebab itu, bagi mereka, tidak ada orang lain yang lebih sesuai untuk didampingi selain keluarga mereka tercinta.
Biarlah kita, ibubapa, dijadikan sahabat mereka dan mereka adalah sahabat kita sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment