Ramai diantara kita apabila memberikan ucapan, perbentangan, menulis surat atau berbual-bual lebih gemar bercakap mengenai diri sendiri, lupa kepada apa yang pendengar ingin dengar dari kita. Pada pendengar, apabila mendengar sesuatu ceramah, ucapan atau perbualan, mereka akan tercari-cari sesuatu yang akan memberikan manafaat kepadanya. What in it for me, how can I benefit from it. Dengan kata lain, apa yang mereka ingin dengar adalah sesuatu yang boleh mengaitkan dengan cita-citanya untuk memenuhi keinginannya.
Letakkan diri anda ditempat pendengar, adakah kita berminat mendengar kejayaan dia hanya semata-mata ingin berkongsi gembira akan kejayaan dia. Adakah kita betul-betul jujur memberikan perhargaan ke atas kejayaannya atau deep in our heart kita sebenarnya ingin capai sama atau lebih dari apa yang dia capai atau, dalam keadaan yang lebih teruk, kita tak suka dia berjaya walaupun kita juga tak akan dapat apa yang dicapainya.
The Power of You boleh digunakan dimana-mana. Tetapi dalam episod in saya ingin kongsikan bagaimana 'The Power of You' boleh digunakan dengan efektif dalam mencari pekerjaan.
Pengalaman saya mengendalikan pemilihan kakitangan dan pelatih disyarikat saya, didapat 90% dari surat permohonan berbunyi seolah-olah merayu agar kita diambil bekerja. Rata-rata mereka menulis surat-surat permohonan yang berbau meraih simpati agar dia diberikan pekerjaan. Ungkapan sanggup buat kerja apa saja asalkan beliau dapat menjawat pekerjaan yang di inginkan adalah ungkapan biasa. Pada pegawai yang membaca surat berkenaan biasa mereka akan senyum tapi bukan kerana berminat untuk mengambil dia tetapi mungkin merasakan ianya kelakar atau mungkin berkata dalam hati 'betul ke ni?'
Apabila seseorang majikan ingin mengambil seseorang kakitangan, apa yang mereka mahukan? Adakah.....
- dia saja-saja nak ambil kakitangan kerana kesian sipolan belum ada pekerjaan? Atau,
- semata-mata inginkan seorang kakitangan yang sanggup korban masa dan tenaga tanpa mengetahui apa yang dia boleh lakukan untuk memastikan hasil yang lumayan? Atau,
- dia inginkan seseorang yang boleh membantu menyiapkan kerjanya yang banyak tertunggak? Atau,
- dengan setiap sen yang dibayar dia mesti pastikan dapatkan pulangan yang setimpal
Yang pasti jika memerlukan seorang pekerja sudah tentu dia ingin seseorang yang boleh membantu beliau menyenangkan kerjanya dan mendapat keuntungan sebanyak mungkin
................. bersambung
No comments:
Post a Comment