Terdapat berbagai cara untuk memilih pekerja. Cara yang sering digunakan bermula dengan surat permohonan jawatan, kemudian temuduga, kadang-kadang perbentangan dan membuat tawaran. Saya akan cuba kupaskan satu-satu bagaimana cara untuk menawan hati orang yang diamanahkan untuk mengambil pekerja.
Surat permohonan
Surat permohonan adalah entry pertama dalam permohonan pekerjaan. Ramai yang tidak ambil perhatian apabila menulis surat permohonan. Ramai yang hanya hantar surat dengan cover letter ringkas dan disertakan dengan biodata.
Cover letter merupakan first image kepada seseorang pemohon pekerjaan. Layout surat mestilah menarik dan professional kerana ia mencerminkan peribadi penulis. Bermula dari pembukaan, susunan ayat, layout dan formating dan penutup surat.
- Pertama apabila menerima melihat surat kita, mereka akan lihat sampul surat. Nama dan alamat hendaklah betul dan tepat. Jika ianya ditujukan kepada nama pegawai tertentu, namanya mesti betul dan tidak tersilap ejaan.
- Gunakan sampul surat yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan hendaklah dalam keadaan baik.
- Bila surat dibuka, pastikan layout surat kemas, jelas dan professional. Gunakan font yang sesuai seperti Times Roman, Arial, Tahoma atau seumpamanya, jangan gunakan fonts fancy. Saiz fonts, line spacing dan paragraph mesti sesuai supaya supaya senang dibaca tetapi tidak terlalu over. Contoh: Tahoma 10, line spacing 1 atau 1.5, paragraph 6pt dan left indent mungkin menarik.
- Yang paling utama, apabila surat di baca, isi kandungan surat hendaklah lebih merujukkan kepada apa yang syarikat itu inginkan, kurangkan menceritakan apa yang kita inginkan. Ia mestilah mempamirkan yang kita ingin menolong mereka mencapai target mereka dan bagaimana ilmu dan pengalaman yang ada pada kita boleh membantu mereka menyelesaikan masalah mereka dan capai target yang mereka inginkan.
Lihat contoh surat ini sebelum saya ulas lebih lanjut. Surat ini saya petik dari sebuah buku tulisan Dale Carnegie (How to Win Friends and Influence People). Ditulis oleh seorang yang terpaksa berpindah ke bandar lain yang beliau terpaksa berhenti kerja dan cari kerja lain disana.
Dear Sir:
My ten years of bank experience should be of interest to a rapidly growing bank like yours.
In various capacities in bank operations with the Bankers Trust Company in New York, leading to my present assignment as Branch Manager, I have acquired skills in all phases of banking including depositor relations, credits, loans and administration.
I will be relocating to Phoenix in May and I am sure I can contribute to your growth and profit. I will be in Phoenix the week of April 3 and would appreciate the opportunity to show you how I c..anhelp your bank meet its goals.
Sincerely,
Barbara L. Anderson
Saya akan kongsi pengalaman saya sendiri menulis surat permohonan kerja untuk anak saya menggunakan kaedah diatas dan lihat apa hasilnya dalam siri yang akan datang.
............. bersambung
No comments:
Post a Comment