- Presentation dalam bahasa melayu adalah perbentangan (ramai yang menyebut persembahan tetapi persembahan biasanya dirujukkan kepada pertunjukan). Tetapi apa-apa pun yang disebut ia bermaksud menyampaikan maklumat kepada orang yang mendengar.
- Saya sering mengikuti perbentangan tetapi saya dapati ramai orang yang membuat dan menyediakan perbentangan lebih fokus kepada apa yang beliau ingin sampaikan daripada apa yang pendengar ingin dengar dari perbentangan itu.
- Selainnya, ramai juga yang membuat reka bentuk slide mengikut apa yang dia suka lihat daripada apa yang penonton ingin lihat. Saya dapati ramai yang gemar menyediakan slide yang mengisi reka bentuk, gambar-gambar atau arts disamping text mesej yang hendak disampaikan tetapi kombinasi gambar, rekabentuk, arts tidak membantu menjelaskan mesej yang hendak disampaikan.
- Ada juga yang memaparkan gambar walaupun mempunyai sedikit kaitan dengan mesej yang hendak disampaikan tetapi impaknya tiada. Dengan sebab demikian text mesej menjadi kecil kerana ruang digunakan untuk hiasan gambar.
- Untuk membuat perbentangan perkara utama yang mesti diambil kira adalah apa yang pendengar ingin dengar dan lihat bukan apa yang kita suka sampaikan dan tunjukkan. Jika mesej itu adalah mesej yang perlu disampaikan, olahkan ia agar bunyinya menjadi sesuatu yang mereke kehendaki.
- Apa yang penonton ingin dengar dan lihat bergantung kepada penonton walaupun subjeknya sama tetapi isi perbentangan mungkin berbeda.
- Contoh, jika kita ingin bentangkan masalah H1N1. Apakah isi kandungan jika hendak disampaikan kepada kanak-kanak sekolah, masyarakat kampong dan pengurusan korporat. Adakah ianya sama?
- Apa yang perlu kita kaji, apakah minat dan keinginan dan apa yang mereka ingin dengar dan apa kesimpulan yang mereka inginkan.
- Sudah tentu sesuatu yang akan mengembirakan mereka. Jika kanak-kanak sekolah mereka mungkin tidak mahu sekolah ditutup atau disebaliknya. Jika masyarakat kampong mereka nak menjalankan kehidupan biasa tanpa gangguan atau restriction, Jika ahli korporat pula mereka mahu keuntungan dari perniagaan.
- Maka bila anda ingin membuat perbentangan, pastikan apa yang nak disampaikan memenuhi citarasa penonton, jelas dan fokus kepada apa yang nak disampaikan.
Sekian, terima kasih
satu ilmu yang menarik untuk dikongsi bersama.
ReplyDelete