
Dulu kali pertama kami tinggal di Redang Kalong Resort. Chaletnya betul-betul facing the sea, kira-kira boleh lompat dari beranda chalet terus masuk laut lah. Tapi yang kurang seronok, tuan punya chalet itu bukan Islam, makanan dimasak oleh mereka, sebab tu makan kurang puas.
Kali ini kami tinggal di Mozana Redang Resort http://www.redangmozana.com.my/. Disini memang seronok, rasa the real suasana pulau, isolated, ada privacy, makan masakan melayu Terengganu, bersantai di pantai tanpa gangguan.
Kami ,18 orang semuanya, yang muda, remaja dan kanak-kanak, bangun tidur lepas solat terus terjun laut sebelum breakfast, tapi yang dah nak pencen pun jadi macam budak-budak. Lepas breakfast sebelum pergi snorkling sambung lagi . Balik terus lunch, berehat kejap, petang pergi snorkling lagi. Balik, dengan pakaian basah, terus minum teh. Lepas solat asar terjun pantai lagi sampai maghrib.
Kulit putih dalam masa satu hari dah bertukar jadi coklat, yang coklat pula dah jadi macam buah manggis.
Kami ,18 orang semuanya, yang muda, remaja dan kanak-kanak, bangun tidur lepas solat terus terjun laut sebelum breakfast, tapi yang dah nak pencen pun jadi macam budak-budak. Lepas breakfast sebelum pergi snorkling sambung lagi . Balik terus lunch, berehat kejap, petang pergi snorkling lagi. Balik, dengan pakaian basah, terus minum teh. Lepas solat asar terjun pantai lagi sampai maghrib.

Malam buat aktiviti sendiri, bersantai ditepi pantai sehingga larut malam. Itulah aktiviti seharian tapi seronok, lupa pasal kerja, lupa pasal masalah harian, enjoy!...enjoy!...
Balik semuanya seronok... belum sempat sampai rumah dah plan tahun depan nak datang lagi. Dah ada proposal, next time kita duduk di Long Beach pula.
Sesiapa yang belum pergi, create the time, simpan duit, tak mahal, RM300 -RM400 seorang dah boleh pergi untuk 3 hari 2 malam. Kos itu termasuk tambang feri dari jeti, bilik
dan makan; sarapan, lunch, tea dan dinner. Alat snorkling kena sewa @ RM20 satu set.

Nikmatilah keindahan dan keseronokan becuti ke Pulau. Kalau tak pergi, rugi......
Keluarlah dari kotak aktiviti harian, pergilah bercuti, lihat apa yang ada diluar kotak.
Get Out of the Box
best activity mlm.. win lose or act!!! the best game!
ReplyDelete-yong-
bila baca artikel ni wat terasa nak merasai pulak keindahan pulau redang...malaysia ada keistimewaan tersendiri berbanding tempat percutian lain..
ReplyDeletememang seronok.. wah, abah dah ada blog sendiri yer.... **WAH**
ReplyDeletedalam gmbr ramai2 tu xde wah...
ReplyDeletetahun depan kite duk long beach plok ek..yeay2!dok pon kte try pulau lain plok ke..tioman@pangkor..
ReplyDelete-adik-
Nak ikot!!!! hahhahah saje nk buat sibuk kakkakakakkak
ReplyDelete**eza**