Total Pageviews

Sunday, 26 July 2009

KFC dan Transformer

Apakah produk Amerika Syarikat yang anda paling ingin lihat diboikot?
Keputusan bancian Utusan Malaysia; francais restoran dan pasaraya 45.4%, makanan dan minuman 22.5%, filem dan hiburan 20.7%, fesyen dan kosmetik 11.4%.


Saya tak tahu mengapa francais restoran dan pasaraya dan makanan dan minuman paling tinggi, mengapa tidak filem dan hiburan atau fesyen dan kosmetik.

Kalau dilihat dari sudut ekonomi, francais restauran dan pasaraya merupaka salah satu penjana ekonomi negara dimana dengan adanya restoran dan pasaraya in ia membolehkan ramai rakyat Malaysia menimba rezeki. Contohnya KFC, almost 100% pekerjanya adalah rakyat Malaysia, pembekal bahan mentah utama, ayam, adalah hasil usaha rakyat Malaysia, pembekal bahan-bahan lain seperti cili source, tisu, sudu dan garfu den sebagainya, adalah dari titik peluh rakyat Malaysia. Bayangkan jika KFC di boikot, berapa ramai rakyat Malaysia hilang punca pendapatan berbanding wang yang disalurkan ke AS sebagai bayaran royalti.

Berbeda dengan filem dan hiburan, hanya beberapa peratus sahaja pendapatan diperolehi oleh rakyat Malaysia selainnya akan terus balik ke AS. Selain dari penjana ekonomi, filem dan hiburan merupakan satu saluran yang mengajar penonton dan pendengar mengagungkan kekuatan AS dari semua segi. Jika filem berkenaan filem perang, biasanya negara-negara AS dan sekutunya adalah hero dan yang lain-lain adalah crook. Mereka akan memaparkan budaya mereka untuk ikutan dan keagungan dan kemanusiaan adalah hak mereka yang sepatutnya jadi ikutan.

Maka fikirkanlah, dan berfikirlah diluar kotak pemikiran bila berhasrat untuk menjatuh gergasi ekonomi, jika hendak memotong dahan janganlah duduk disebelah julai.

1 comment:

  1. saya setuju dengan pandangan tu..daripada dulu sehingga sekarang kalau nak boikot tumpuan lebih kepada francais makanan berbanding yang lain.mungkin mereka melihat francais makanan adalah yang palig 'gah' di malaysia. tapi kalau dfikirkan, isu boikot ni kener berfikir secara rasional sebab sktor pemakanan kalau dilihat dari mata kasar menyumbang banyak peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia..

    ReplyDelete