Total Pageviews

Showing posts with label Ulasan. Show all posts
Showing posts with label Ulasan. Show all posts

Wednesday, 6 January 2010

Menentang Penggunaan Nama Allah oleh Golongan Bukan Islam.

Allah swt adalah Tuhan semua makhluk tidak terkecuali samada dia tu orang islam atau tidak. Bagi orang beragama lain terutama kristian dan nasrani mereka percaya bahawa Allah itu adalah tuhan mereka. Tetapi yang menjadikan mereka kafir adalah kerana mereka juga percaya Nabi Isa itu anak Allah dan Mariam itu isteri Allah dan mereka menolak Nabi Muhammad as itu Rasulullah.
Dengan membenarkan mereka menggunakan nama Allah kita dah menang setengah dari perjuangan mengesakan Allah tapi belum selesai. Jika kita berjaya mengalihkan keimanan mempercayai nabi Isa itu Rasullullah sebelum Nabi Muhammad dan percaya dan beriman Nabi Muhammad itu Rasulullah and Al-Quran itu kitab Allah yang wajib diikuti, maka kita boleh dikira berjaya tetapi belum exceed sebab kalau nak exceed mestilah membuatkan mereka beramal ajaran Islam.
Tetapi jika nama Allah digunakan ditempat yang kotor, jijik dan menghinakan, maka itu wajib kita tentang.
Mereka dah percaya Allah adalah Tuhan yang menjadikan alam semester, mereka percaya ada malaikat dan hari kiamat. Tetapi apakah peranan anda untuk mengajak mereka, non-muslim, (terutama orang kristian dan nasrani) mempercayai bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Al-Quran itu kitab Allah dan mengajak mereka meninggalkan kepercayaan mereka bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan dan Siti Marian itu isteri Allah?
Adakah dengan menentang mereka menggunakan nama Allah mereka akan datang untuk memeluk agama Islam kerana terlalu berkehendak menggunakan nama Allah?