Total Pageviews

Showing posts with label Finding Job. Show all posts
Showing posts with label Finding Job. Show all posts

Monday, 12 October 2009

The Power of 'YOU' dalam mencari kerja (5)

Langkah-langkah untuk memenangi temuduga walaupun belum ditemuduga.
Bagaimana rasa jika seseorang yang tidak dikenali tiba-tiba datang menemui anda tanpa memberi tahu terlebih awal, dengan kata lain, datang dengan kejutan? Saya tak tahu apa jawapan anda, tetapi jika saya, ia akan mengambil sedikit masa untuk memproses pemikiran saya untuk mengenali orang itu. Kata perpatah 'Tak kenal maka tak cinta'.
Dalam temuduga keadaan sama saja dimana apabila mereka dijemput masuk, ahli panel akan membuka fail, make a quick glance pada resume dan cuba analisa calun ini dan fikirkan soalan apa nak tanya.
Berbeza jika kita sudah mengenali calun berkenaan sebelum ditemuduga. Mengenali disini membawa bermacam-macam maksud, mungkin saudara-mara, kawan-kawan, atau yang kebanyakannya sudah berurusan sebelum itu. Lupakan soal saudara-mara atau kawan lama, letakkan diri kita sebagai belum mengenali.
Sebelum ditemuduga, tetapi sebaik-baiknya sebelum disenaraipendek kita sudah mula berusaha untuk berkenalan dengan siapa yang akan menemuduga. Biasanya, orang HR dan Pengurus yang hendak menggunakan jawatan itu. Tip-tip untuk berkenalan
  1. Selidik terlebih dahulu siapa pegawai yang akan menemuduga. Telefon dan minta bercakap dengan Pengurus atau Pegawai HR, dapatkan siapa bos bagi jawatan yang nak ditawarkan.
  2. Selidik apakah produk atau services syarikat ini dan apakah tugas bagi jawatan yang nak ditawarkan
  3. Dapatkan maklumat apakah masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat ini berkait dengan tugas yang hendak ditawarkan.
  4. Setelah diketahui, telefon yang berkenaan, perkenalkan diri dan berbual dengannya dengan bertanyakan tentang syarikat itu, produk atau services.
  5. Cuba berbual apa yang anda tahu mengenai syarikat and produk mereka dan kaitkan dengan pengalaman, kemahiran, pengetahuan atau kelulusan anda.
  6. Jika anda tahu apa masalah dan anda ada sedikit idea bagaimana menyelesaikan masalah itu atau mungkin anda pernah lalui masalah berkaitan maka berbuallah mengenainya, tapi ingat, jangan komen atau kritik sebarang penyelesaian yang pernah mereka lakukan jika diketahui.
  7. Semasa berbual, be professional dan sentiasa senyum dan tunjukkan keriangan. Lemparkan appreciation dan pujian kepada mereka atau syarikat mereka tetapi semua pujian itu mesti specific dan benar. Apa-apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang terbaik tetapi tak salah jika kita top-up yang baik itu dengan yang baik juga dan jangan buang apa-apa kepunyaan mereka untuk digantikan dengan hak kita.
  8. Jangan sekali-kali merayu agar mengambil kita sebagai pekerja yang akan ditemuduga nanti.
  9. Sebelum meletakkan telefon, bagi sedikit thinker, katakan anda ada membuat permohonan jawatan dan cakap yang anda berminat untuk meningkatkan prestasi syarikat itu.

Mudah-mudahan dengan cara itu nama baik anda akan perpaku dalam fikirannya dan apabila proses senarai pendek dan pemilihan, nama anda diutamakan dan sudah tentu penemuduga akan tertunggu untuk mengenali anda dengan lebih dekat. Insya Allah temuduga akan berjalan lancar sebab anda adalah calun yang mungkin ditunggu-tunggu.

Sedikit tip berpakaian samada untuk temuduga atau semasa bekerja (dipetik dari buku Winning People Over 14 Days to Power and Confidence - Burton Kaplan)

  1. Appearance always counts
  2. Forget fashion; dress smart
  3. Stop dressing for the job you have. Start dressing for the one you want
  4. You need more than a wardrobe. You need a wardrobe plan
  5. Start by creating your basic working wardrobe
  6. Take inventory of what you own
  7. Decide how much you need to spend
  8. Shop at the right time
  9. Shop as smart as you spend
  10. Never buy on impulse
  11. Shop alone
  12. Buy basics on a three-year plan
  13. Shop in stores that exemplify the look you want
  14. Develop a relationship with salesperson and tailors
  15. Find the hidden values in women’s and men’s clothing
  16. Use accessories to clarify your look, not clutter it

Walaubagaimanapun ia tetap bergantung pada jenis pekerjaan, jawatan dan yang paling utama budaya syarikat dan penduduk dikawasan itu. Yang penting jangan gadaikan agama dan maruah jika itu bukan budaya kita sebab tempat kerja bukan sahaja tempat cari makan tetapi ia adalah tempat kehidupan. Ingat, masa kita bersama kawan-kawan dan tempat kerja kita dua atau tiga kali ganda lebih banyak dari dirumah kita selain waktu tidur.

Itulah sedikit sebanyak tip untuk mencara pekerjaan yang saya tulis berdasarkan pengalaman saya semasa bertugas dibahagian latihan dan pemilihan kakitangan untuk syarikat saya. Semoga berjaya.

Diakhir topik ini saya ingin menekankan, cari kerja yang sesuai dengan jiwa kita, minat kita, solat 5 waktu dan solat hajat tetap diteruskan, jangan gadai agama, budaya dan muruah demi hanya untuk mendapat pekerjaan. Banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala.

Monday, 28 September 2009

The Power of 'YOU' dalam mencari kerja (4)

Temuduga
Temuduga pada lazimnya bertujuan untuk mencari kesahihan apa yang diperkatakan dalam surat permohonan. Biasa ia akan membincangkan mengenai apa yang boleh dilakukan untuk membantu syarikat terus maju atau memperbaiki prestasi yang sedang dalam delima. Tetapi pandangan pertama, the minute you step in at the gate, adalah yang paling penting. Gambaran yang ditampilkan akan membentuk minda orang yang akan menemuduga samada dia boleh memberikan sumbangan atau sebaliknya. Jika kita berjaya membangkitkan persepsi pandang pertama maka temuduga akan menjadikan satu suasana yang menyeronokkan. Tetapi jika disebaliknya maka agak sukar untuk membangkitkan semula persepsi baik terhadap kita.
Ramai remaja terutama lepasan universiti atau kolej gagal menampilkan pandangan positif terhadap penemuduga, contohnya berpakaian tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon seperti memakai terlalu banyak accessories bagi wanita, baju berbunga-bunga bagi lelaki, berambut panjang, berkasut sport dan sebagainya. Berpakaian yang sesuai dengan jawatan yang hendak dipohon amat penting kerana ia menggambarkan professionalism.
Begitu juga semasa berjalan masuk untuk mendaftar, biasanya diruang penyambut tetamu. Setiap gerak-geri anda diperhatikan, setiap tingkahlaku semasa menunggu secara tidak langsung sedikit-sebanyak menjadi kayu ukur keperibadian kita. Ada syarikat menghidangkan minuman ringan sebelum ditemuduga, jika ada, ambillah kesempatan itu untuk menunjukkan kematangan kita. Jika ada wakil syarikat berada disitu, jangan lepaskan peluang beramah-mesra dengan mereka tetapi biarlah professional, bukan personal.
Disiri yang akan datang saya akan berikan beberapa langkah untuk memenangi temuduga walaupun belum ditemuduga.
bersambung

Thursday, 17 September 2009

The Power of 'YOU' dalam mencari kerja (3)

Dalam siri 2 yang lalu saya memberikan sample surat permohonan yang berbunyi:

Dear Sir:
My ten years of bank experience should be of interest to a rapidly growing bank like yours. In various capacities in bank operations with the Bankers Trust Company in New York, leading to my present assignment as Branch Manager, I have acquired skills in all phases of banking including depositor relations, credits, loans and administration. I will be relocating to Phoenix in May and I am sure I can contribute to your growth and profit. I will be in Phoenix the week of April 3 and would appreciate the opportunity to show you how I can help your bank meet its goals.
Sincerely,
Barbara L. Anderson

Cuba lihat, dalam surat ini beliau menceritakan apa yang dia mampu buat untuk menolong majikan itu menyelesaikan masalah mereka.
Disepanjang saya menerima surat permohonan pekerjaan kurang tari 5% pemohon menulis surat seperti ini, yang lebih 95% lagi menulis lebih menceritakan apa yang mereka mahukan dari majikan atau berbentuk surat rayuan minta pekerjaan.
Sebenarnya itu lah apa yang majikan kehendaki,. Apabila majikan membaca surat yang berbentuk diatas, minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemohon itu lebih menjurus kepada akan mengambil beliau jika berpuas-hati dalam temuduga. Temuduga biasanya hanya untuk mengesahkan bahawa apa yang dikatakan dalam surat itu adalah datang dari orang tu sendiri.
Oleh itu sedarilah bahawa cover letter dalam surat permohonan merupakan surat yang amat penting apabila memohon pekerjaan. Resume atau CV hanya menerangkan apa yang kita ada untuk menyokong permohonan kita dan salinan sijil pula menyokong resume untuk mengesahkan bahawa apa yang kita tulis dalam resume adalah benar.
Dari itu, sedarilah, cover letter amat penting, jangan pandang ringan.

Temuduga
The first impression when you step in the most important moment even before you 'good morning' to the receptionist.
Lets discuss about this in the next siri.

Terima kasih
Bersambung........

Sunday, 30 August 2009

The Power of 'YOU' dalam mencari kerja (2)

Dalam siri 1 saya telah bincangkan apa yang majikan cari apabila mencari seorang pekerja. Kali ini saya ingian bincangkan apa yang harus kita buat supaya majikan berminat untuk mengambil kita sebagai seorang pekerja.
Terdapat berbagai cara untuk memilih pekerja. Cara yang sering digunakan bermula dengan surat permohonan jawatan, kemudian temuduga, kadang-kadang perbentangan dan membuat tawaran. Saya akan cuba kupaskan satu-satu bagaimana cara untuk menawan hati orang yang diamanahkan untuk mengambil pekerja.

Surat permohonan

Surat permohonan adalah entry pertama dalam permohonan pekerjaan. Ramai yang tidak ambil perhatian apabila menulis surat permohonan. Ramai yang hanya hantar surat dengan cover letter ringkas dan disertakan dengan biodata.

Cover letter merupakan first image kepada seseorang pemohon pekerjaan. Layout surat mestilah menarik dan professional kerana ia mencerminkan peribadi penulis. Bermula dari pembukaan, susunan ayat, layout dan formating dan penutup surat.

  1. Pertama apabila menerima melihat surat kita, mereka akan lihat sampul surat. Nama dan alamat hendaklah betul dan tepat. Jika ianya ditujukan kepada nama pegawai tertentu, namanya mesti betul dan tidak tersilap ejaan.
  2. Gunakan sampul surat yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan hendaklah dalam keadaan baik.
  3. Bila surat dibuka, pastikan layout surat kemas, jelas dan professional. Gunakan font yang sesuai seperti Times Roman, Arial, Tahoma atau seumpamanya, jangan gunakan fonts fancy. Saiz fonts, line spacing dan paragraph mesti sesuai supaya supaya senang dibaca tetapi tidak terlalu over. Contoh: Tahoma 10, line spacing 1 atau 1.5, paragraph 6pt dan left indent mungkin menarik.
  4. Yang paling utama, apabila surat di baca, isi kandungan surat hendaklah lebih merujukkan kepada apa yang syarikat itu inginkan, kurangkan menceritakan apa yang kita inginkan. Ia mestilah mempamirkan yang kita ingin menolong mereka mencapai target mereka dan bagaimana ilmu dan pengalaman yang ada pada kita boleh membantu mereka menyelesaikan masalah mereka dan capai target yang mereka inginkan.

Lihat contoh surat ini sebelum saya ulas lebih lanjut. Surat ini saya petik dari sebuah buku tulisan Dale Carnegie (How to Win Friends and Influence People). Ditulis oleh seorang yang terpaksa berpindah ke bandar lain yang beliau terpaksa berhenti kerja dan cari kerja lain disana.

Dear Sir:
My ten years of bank experience should be of interest to a rapidly growing bank like yours.
In various capacities in bank operations with the Bankers Trust Company in New York, leading to my present assignment as Branch Manager, I have acquired skills in all phases of banking including depositor relations, credits, loans and administration.
I will be relocating to Phoenix in May and I am sure I can contribute to your growth and profit. I will be in Phoenix the week of April 3 and would appreciate the opportunity to show you how I c..anhelp your bank meet its goals.
Sincerely,
Barbara L. Anderson

Saya akan kongsi pengalaman saya sendiri menulis surat permohonan kerja untuk anak saya menggunakan kaedah diatas dan lihat apa hasilnya dalam siri yang akan datang.

............. bersambung

Tuesday, 4 August 2009

The Power of 'YOU' dalam mencari kerja (1)

Ramai diantara kita apabila memberikan ucapan, perbentangan, menulis surat atau berbual-bual lebih gemar bercakap mengenai diri sendiri, lupa kepada apa yang pendengar ingin dengar dari kita. Pada pendengar, apabila mendengar sesuatu ceramah, ucapan atau perbualan, mereka akan tercari-cari sesuatu yang akan memberikan manafaat kepadanya. What in it for me, how can I benefit from it. Dengan kata lain, apa yang mereka ingin dengar adalah sesuatu yang boleh mengaitkan dengan cita-citanya untuk memenuhi keinginannya.

Letakkan diri anda ditempat pendengar, adakah kita berminat mendengar kejayaan dia hanya semata-mata ingin berkongsi gembira akan kejayaan dia. Adakah kita betul-betul jujur memberikan perhargaan ke atas kejayaannya atau deep in our heart kita sebenarnya ingin capai sama atau lebih dari apa yang dia capai atau, dalam keadaan yang lebih teruk, kita tak suka dia berjaya walaupun kita juga tak akan dapat apa yang dicapainya.

The Power of You boleh digunakan dimana-mana. Tetapi dalam episod in saya ingin kongsikan bagaimana 'The Power of You' boleh digunakan dengan efektif dalam mencari pekerjaan.

Pengalaman saya mengendalikan pemilihan kakitangan dan pelatih disyarikat saya, didapat 90% dari surat permohonan berbunyi seolah-olah merayu agar kita diambil bekerja. Rata-rata mereka menulis surat-surat permohonan yang berbau meraih simpati agar dia diberikan pekerjaan. Ungkapan sanggup buat kerja apa saja asalkan beliau dapat menjawat pekerjaan yang di inginkan adalah ungkapan biasa. Pada pegawai yang membaca surat berkenaan biasa mereka akan senyum tapi bukan kerana berminat untuk mengambil dia tetapi mungkin merasakan ianya kelakar atau mungkin berkata dalam hati 'betul ke ni?'

Apabila seseorang majikan ingin mengambil seseorang kakitangan, apa yang mereka mahukan? Adakah.....

  1. dia saja-saja nak ambil kakitangan kerana kesian sipolan belum ada pekerjaan? Atau,
  2. semata-mata inginkan seorang kakitangan yang sanggup korban masa dan tenaga tanpa mengetahui apa yang dia boleh lakukan untuk memastikan hasil yang lumayan? Atau,
  3. dia inginkan seseorang yang boleh membantu menyiapkan kerjanya yang banyak tertunggak? Atau,
  4. dengan setiap sen yang dibayar dia mesti pastikan dapatkan pulangan yang setimpal

Yang pasti jika memerlukan seorang pekerja sudah tentu dia ingin seseorang yang boleh membantu beliau menyenangkan kerjanya dan mendapat keuntungan sebanyak mungkin

................. bersambung